PositiveNoize WordPress Theme

Ia Sebuah Hakikat…

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sepatutnya malam ni saya nak launch projek laman web copywriter yang terkini saya.. Salesletter, mini site dan semuanya yang diperlukan telah siap tapi malangnya ada masalah dengan domain..

Dah tukar DNS dari semalam tapi sampai sekarang tiada perubahan langsung.. Baru lepas email pihak tersebut saya harap ia akan respon masalah saya secepat mungkin (kali terakhir saya email pihak ni ambil masa 48 jam baru dia respon).. Biasa ler beli dari pihak luar.. Hmm..

Jadi secara rasmi saya tunda launching site pada esok hari jika masalah ini dapat diselesaikan dengan segera..

Saya agak terkeciwa sedikit sebab untuk projek ni, saya dah tolak 5 Client RMCopy semata-mata nak siapkan kerja.. FaisalIsa.Com, RMCopy.Com, dan Copywriting.Com.My pun belum sempat dipulihkan.. Ya, dah dapat rasakannya dari pagi tadi dah bila masuk WC dan terbaca 1 post tu tiba-tiba rasa tak sedap hati.. Saya sanggup korbankan masa (termasuklah masa untuk jumpa client penting) dan wang semata-mata untuk fokus projek, adakah “orang lain juga begitu? Fikir positif Fai!

Sebenarnya setiap perkara yang berlaku tu ada sebab dan akibat.. Dan sebab ianya berlaku hari ini adalah kerana ALLAH S.W.T ingin menunjukkan bahawa masa untuk melancarkan projek malam ini merupakan timing yang tidak tepat bukan sahaja dari segi masa tetapi juga dari segi hati.. Paham-paham lah bila jiwa kacau, anda akan attract kekacauan.. :)

Tarik nafas panjang-panjang….. Dan lepas… Jerit kuat-kuat dalam hati bahawa “Saya Lebih Besar Dari Masalah Ini!”

Jumpa lagi..

-Fai-

PS: Post pnjang yang lebih detail tntg Gath WC2008 akan saya buat juga.. Itu Janji saya! ;)

Subscribe to RSS Feed
 

Akhirnya Pulih!

Alhamdulillah.. Sejak tengahari Jumaat minggu lepas, line internet saya kena suspended sebenarnya.. Sebab bayaran melalui FPX tersangkut (dah tolak duit dari akaun saya tapi tiada dalam data pihak Jaring).. Pada hari ini, akhirnya semuanya telah pulih sedia kala..

Ya, saya akan post mengenai Gath WC esok hari.. Bukan satu post tapi dua post mengenainya iaitu satu di IMMalaysia.com, satu lagi di blog ini.. Yup, post bawah topik yang sama cuma ceritanya agak berlainan sedikit dimana post di IMMalaysia secara umum dan di blog ini secara personal.. Nantikannya..

Memandangkan saya baru boleh online, tolong beri saya masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk menyetelkan beberapa kerja-kerja dan balas lebih 20 email assignment “rahsia”.. Biasalah, kerja-kerja ini patut saya dah setle sabtu lepas tapi tak dapat nak settle pada hari tu.. Lepas 48 jam, baru saya boleh kembali bergerak seperti biasa.. Antara kerja yang perlu disettle ialah:

1) Naikkan semula FaisaLIsa.com

2) Naikkan semula C………….

3) Betulkan semula site RMCopy.Com

4) Siapkan projek sebelum dilancarkan Khamis ini..

dan banyak lagi… ;)

Jumpa lagi dalam post esok.. :)

Subscribe to RSS Feed
 

Jika Anda Sedang Bersedih…

Jika anda sedang bersedih, tontonlah video dibawah ini untuk menceriakan anda.. Hehe

Subscribe to RSS Feed
 

Kembali lagi dalam keadaan terbaik!

Setelah beberapa hari bercuti (Hampir seminggu juga menghilangkan diri), akhirnya saya dapat kembali dalam keadaan terbaik semula. Keadaan terbaik bermaksud minda hebat, jiwa mantap serta semangat membara.. :)

Ya, ya.. Setelah melalui sesi brainwash dengan sifu saya (orang luar) dan setelah ditampar dengan kenyataan-kenyataan beliau, akhirnya saya kembali pulih sepenuhnya.. Saya lebih suka dimarah dan disedarkan sebegitu secara one on one(YM, call atau email) daripada disedarkan melalui post-post blog yang mencaci, menghina, downgrade orang lain untuk menyedarkan(boleh kena ISA ni)..

Kali ini saya sedar banyak perkara yang negatif mengelilingi saya sebenarnya.. Ia bukan sahaja persekitaran yang saya hadapi di dunia nyata (offline), ia termasuk persekitaran dunia online.. Tapi saya juga menyedari semua aura negatif ini dapat diatasi dengan mudah HANYA DENGAN PEMIKIRAN POSITIF.. Ini kerana proses manifestation:

Thought–>Feeling–>Action–>Result

Bukan itu sahaja, saya telah banyak belajar mengenai “bagaimana untuk memaksimumkan kepakaran sendiri ke tahap unlimited sehingga dapat menutupkan kelemahan yang ada dalam diri sendiri”.. Rupa-rupanya semua kepakaran yang ada pada saya adalah merupakan kepakaran yang saya inginkan..

Owh.. Cukup-cukuplah dulu.. Pendek kata, bulan Ogos 2008 ni permulaan saya terbang tinggi kerana “ketakutan terhadap kesempurnaan” itu akhirnya telah hilang dalam diri saya.. Buat pertama kalinya saya nak cakap, saya tidak dapat membantu anda untuk belajar Clickbank dan sbgnya secara personal lagi kerana saya ingin fokus on my biz n my affiliate marketing 100%..

Akhirnya saya telah pelajari sesuatu dari sifu, jika orang tidak serius dengan kita sama ada dalam bisnes atau sebagainya, lebih baik kita jangan pedulikannya kerana sampai bila-bila dia takkan serius.. First impression sangat penting dalam bisnes..

Dalam bisnes pun sama.. Bagaimana untuk tahu seseorang yang hubungi kita itu berminat jadi client bergantung kepada jumlah email mereka.. Jika lebih daripada 2 email yang mereka hantar tapi mereka terus hantar lagi, ia bermaksud dia tidak serius untuk menjadi client..

Daripada sibuk menghabiskan masa untuk perkara yang tiada mendatangkan faedah, lebih baik fokus kepada perkara-perkara yang lebih mendatangkan hasil..

“Jangan Jualkan diri anda dan masa anda kepada orang-orang serta perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah!”

Jumpa lagi dalam post akan datang..

-Fai-

PS: Saya terdelete fail blog ini semasa nak delete blog yang tak digunakan.. Tak sempat nak backup.. Tu yang nampak blog ni tinggal 1 post sahaja.. Biarkanlah.. Tak ada benda penting pun..

Subscribe to RSS Feed
 

Recent Posts

About PositiveNoize

PositiveNoize provides high-quality, (X)HTML & CSS valid commercial and free WordPress Themes to users of the WordPress software.

In addition, PositiveNoize also offers affordable WordPress Design & Integration services.

WordPress Theme By: PositiveNoize